Wednesday, November 3, 2010

Perjalanan dari Pekan Kapit ke SK Nanga Entuloh

Perjalanan ke SK Nanga Entuloh dari pekan Kapit mengambil masa selama 3 hingga 5 jam bergantung kepada keadaan air sungai Balleh dan sungai Merirai samada besar atau kecil. Kebiasaannya, kami guru-guru serta staf kakitangan sekolah (AKS) yang lain menaiki bot ekspress pada jam 11.00pagi dari Jeti Belaga ini.



Tepat pada jam 11.00pagi, bot ekspress pun bergerak mudik menuju ke ulu sungai Balleh. Akan tetapi destinasi terakhir bagi bot ekspress ini ialah kawasan Putai. Tiket berharga RM15 sehala menuju ke Nanga Merirai. Beginilah suasana di dalam bot ekspress.





Sekitar lebih kurang jam 2.00ptg kami tiba di Nanga Merirai. Nanga Merirai bermaksud 'Muara Sungai Merirai'. Iaitu dimana kami nanti akan menaiki perahu panjang mudik ke sekolah melalui Sungai Merirai.




Kebiasaan mudik menuju ke sekolah, memakan masa hampir 2 jam lebih jika air sungai surut seperti dalam gambar2 ini.

Jika air Sungai Merirai besar, hanya lebih kurang 40minit sahaja mudik untuk sampai ke jeti sekolah. Berikut ialah gambar-gambar sewaktu menarik perahu semasa air surut....

Beginilah keadaan menarik perahu...bertungkus-lumus guru-guru dan staf kakitangan AKS sekolah berkhidmat dan mencurah bakti bagi mendidik dan membimbing anak-anak di pedalaman sarawak...terutama di bahagian Kapit....


Menggunakan suar atau kayu panjang untuk menolak perahu sewaktu air surut...di dasar sungai terdapat banyak batu-batu yang licin...perlu berhati2 ketika menarik dan menolak perahu...


Semakin hampir kami ke jeti SK Nanga Entuloh. Ini pun hampir sejam menarik perahu. Banyak jeram (rantau) yang terpaksa kami lalui. Biar la seluar dan baju basah. Asalkan selamat sampai di sekolah dengan selamat...


Akhirnya...tiba kami di jeti sekolah dengan selamat....walaupun pakaian basah...namun semangat untuk warga sekolah (guru-guru dan staf sokongan AKS) untuk berkhidmat di SK Nanga Entuloh tidak luput dan terus mencurah jasa dan tenaga bagi memajukan sekolah yang tercinta ini.


Sekian.....Terima Kasih ;-)

No comments:

Post a Comment