Thursday, November 4, 2010

Permandangan kawasan sekitar SK Nanga Entuloh

SK Nanga Entuloh, Kapit ialah sebuah sekolah mubaligh dan dikategorikan 'Sekolah Bantuan Kerajaan'. Sekolah ini terletak 100km dari Pekan Kapit. Ia mengambil masa kira-kira 4 hingga 5 jam untuk sampai ke sekolah ini. Iaitu 3 jam menaiki bot ekspress melalui Sg. Balleh. Manakala dari Nanga Merirai ke sekolah memakan masa lebih kurang 40 minit menaiki perahu panjang (jika air sungai besar) atau lebih kurang 2 jam (jika air sungai surut) melalui Sg. Merirai. Kawasan sekolah ini mempunyai keluasan hanya 1.95 ekar atau 0.79 hektar sahaja. Berikut ialah kawasan bangunan pejabat sekolah, bilik guru, staf AKS, bilik sains dan kelas-kelas murid dari Tahun 1 sehingga Tahun 6.



(Blok bawah) Bilik Guru Besar, Bilik PK1, Bilik Pembantu Tadbir, Bilik Guru serta PK-HEM dan PK-KK, Bilik Sains, Bilik Buku Teks, Bilik ICT, Bilik Pemulihan dan Perpustakaan
(Blok atas) Kelas Tahun 1, Tahun 2 dan Tahun 3




Bangunan Kelas dari Tahun 4, Tahun 5 dan Tahun 6

Murid-murid sekolah ini hanya seramai 24 orang sahaja dan bilangan staf kakitangan sekolah termasuk guru-guru hanya 18 orang sahaja. Kemudahan-kemudahan asas yang terdapat di sekolah ini seperti dibawah;



KUARTES/RUMAH GURU


ASRAMA MURID



DEWAN MAKAN MURID, PEJABAT PENYELIA ASRAMA DAN PPM



TANDAS MURID



PADANG BOLA SEPAK



ASTAKA



V-SAT SATELIT (SCHOOL NET)



TANGKI SIMPANAN AIR



GENERATOR ELEKTRIK (GENSET)

Wednesday, November 3, 2010

Perjalanan dari Pekan Kapit ke SK Nanga Entuloh

Perjalanan ke SK Nanga Entuloh dari pekan Kapit mengambil masa selama 3 hingga 5 jam bergantung kepada keadaan air sungai Balleh dan sungai Merirai samada besar atau kecil. Kebiasaannya, kami guru-guru serta staf kakitangan sekolah (AKS) yang lain menaiki bot ekspress pada jam 11.00pagi dari Jeti Belaga ini.



Tepat pada jam 11.00pagi, bot ekspress pun bergerak mudik menuju ke ulu sungai Balleh. Akan tetapi destinasi terakhir bagi bot ekspress ini ialah kawasan Putai. Tiket berharga RM15 sehala menuju ke Nanga Merirai. Beginilah suasana di dalam bot ekspress.





Sekitar lebih kurang jam 2.00ptg kami tiba di Nanga Merirai. Nanga Merirai bermaksud 'Muara Sungai Merirai'. Iaitu dimana kami nanti akan menaiki perahu panjang mudik ke sekolah melalui Sungai Merirai.




Kebiasaan mudik menuju ke sekolah, memakan masa hampir 2 jam lebih jika air sungai surut seperti dalam gambar2 ini.

Jika air Sungai Merirai besar, hanya lebih kurang 40minit sahaja mudik untuk sampai ke jeti sekolah. Berikut ialah gambar-gambar sewaktu menarik perahu semasa air surut....

Beginilah keadaan menarik perahu...bertungkus-lumus guru-guru dan staf kakitangan AKS sekolah berkhidmat dan mencurah bakti bagi mendidik dan membimbing anak-anak di pedalaman sarawak...terutama di bahagian Kapit....


Menggunakan suar atau kayu panjang untuk menolak perahu sewaktu air surut...di dasar sungai terdapat banyak batu-batu yang licin...perlu berhati2 ketika menarik dan menolak perahu...


Semakin hampir kami ke jeti SK Nanga Entuloh. Ini pun hampir sejam menarik perahu. Banyak jeram (rantau) yang terpaksa kami lalui. Biar la seluar dan baju basah. Asalkan selamat sampai di sekolah dengan selamat...


Akhirnya...tiba kami di jeti sekolah dengan selamat....walaupun pakaian basah...namun semangat untuk warga sekolah (guru-guru dan staf sokongan AKS) untuk berkhidmat di SK Nanga Entuloh tidak luput dan terus mencurah jasa dan tenaga bagi memajukan sekolah yang tercinta ini.


Sekian.....Terima Kasih ;-)

Saturday, July 17, 2010

SK Nanga Entuloh, Kapit

SK Nanga Entuloh terletak sejauh 100 km dari Pekan Kapit. Dengan menaiki bot ekspress selama 3 jam, ia melalui Sungai Balleh sehingga ke Nanga Merirai. Kemudian, menaiki perahu panjang masuk menuju ke sekolah melalui Sungai Merirai selama 40 minit (jika air sungai besar) atau 2 jam (jika air sungai surut) untuk tiba di kawasan sekolah ini.

Staf kakitangan SK Nanga Entuloh pada masa ini terdiri daripada 12 orang guru dan 6 orang anggota kumpulan sokongan (AKS). Murid-murid pula seramai 24 orang bagi satu sekolah. bilangan murid-murid mengikut kelas adalah seperti berikut;

Tahun 1 - 3 orang
Tahun 2 - 1 orang
Tahun 3 - 4 orang
Tahun 4 - 7 orang
Tahun 5 - 5 orang
Tahun 6 - 4 orang

Kebanyakan murid-murid datang daripada rumah panjang RH.Goyang dan RH.Unyat. Hanya dua buah rumah panjang sahaja di sepanjang Sg. Merirai kawasan sekolah ini.